Pengesanan awal penyakit jantung koronari adalah sangat penting dalam mengurangkan kematian disebabkan oleh penginfarkan miokardium. Salah satu kaedah pengesanan paling sensitif ialah melalui radioimej menggunakan radiofarmaseutikal teknetium-99m (Tc-99m). Lanjutan daripada kecemerlangan Nuklear Malaysia dalam pembangunan radiofarmaseutikal, kajian telah dijalankan ke atas formulasi kit radiofarmaseutikal berasaskan Tc-99m untuk penyakit jantung koronari. Agen pengimejan yang bertindak cepat dan spesifik di bahagian 'parut' atau otot jantung mati boleh memberikan maklumat diagnostik yang kritikal. Radiofarmaseutikal infark-avid sangat berguna untuk mendiagnosis penginfarkan miokardium akut dengan pantas dan tepat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.