Bonigent ialah hidroksiapatit (HA) poros yang disaluti dengan antibiotik gentamisin untuk sistem pelepasan drug. Gentamisin ini menyaluti HA poros dan diserap perlahan-lahan ke dalam tisu tulang selepas implantasi untuk meningkatkan keberkesanan drug, mengelakkan jangkitan sistemik, menghalang penghasilan biofilem, dan mempercepatkan proses penyembuhan. Biobahan HA ini adalah pengisi osteokonduktif yang dihasilkan di Nuklear Malaysia.
Bonigent yang disaluti dengan antibiotik gentamisin untuk sistem pelepasan drug ke dalam tisu tulang
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.