Biodosimetri berdasarkan analisis kromosom disentrik telah digunakan sejak lebih dari 40 tahun dan merupakan ujian biasa untuk menilai dos terdedah dalam program perlindungan sinaran. Micronuclei adalah badan extranuklear yang terhasil dari pecahan kromosom atau kromosom yang melewati anafasa akibat pendedahan kepada sinaran mengion. Oleh itu, asai berasaskan MN-boleh memberikan bacaan titik akhir yang pantas untuk menentukan dosimetri biologi berikutan pendedahan kepada sinaran. Penilaian dos terserap daripada pekerja sinaran di Malaysia telah dijalankan dengan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan perkhidmatan dosimetri biologi di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.