Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kompaun Antidiabetik Muntingia Calabura


Salah satu penyelidikan berterusan yang dijalankan di Nuklear Malaysia ialah mengkaji dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan perubatan. Pokok ceri kampung / ceri melayu (M. Calabura) dipercayai mempunyai kesan anti-diabetik dan kajian yang dijalankan boleh menghasilkan agen antidiabetik baru. Pengesahan aktiviti dilakukan dengan menilai potensi tumbuhan ini untuk merangsang rembesan insulin dari β-sel pankreas, meningkatkan pengambilan glukosa dalam sel sasaran insulin, meningkatkan rembesan adiponectin daripada tisu adipos dan menghalang penyerapan glukosa dari usus kecil.

image1

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.