Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Tiub Nano Karbon Berbilang Dinding (MWCNT) yang Difungsikan Secara In-Situ dengan Sinaran Gama


Penemuan ini melibatkan teknik novel dan mudah dalam menghasilkan tiub nano karbon berbilang dinding (MWCNT) yang difungsikan secara in-situ melalui penyinaran gama. Produk ini adalah selamat, tidak memerlukan pemanasan, boleh dihasilkan dalam waktu yang singkat, bebas cemaran dan mesra alam. MWCNT boleh digunakan dalam bidang industri, farmasiutikal dan perubatan.

nanotube1

MWCNT yang difungsikan secara in-situ dengan sinaran gamma

 

nanotube2

Mikrograf Mikroskop Elektron Transmisi (TEM) MWCNT

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.