Mutan padi telah dihasilkan melalui penyinaran biji benih induk MR219 menggunakan alur ion di JAEA, Takasaki, Jepun pada 2009. Analisis agronomi, fisiokimia dan komposisi nutrisi telah dijalankan ke atas mutan-mutan ini. Mutan ML3 dan ML30 mempunyai indeks glisemik sederhana (56-69) dan didapati sesuai digunakan sebagai beras diet untuk pesakit diabetes. Mutan ML10 pula mempunyai kandungan serat yang tinggi (8.20 g/100 g) dan sesuai sebagai diet untuk mereka yang mengalami masalah obesiti atau kegemukan.
Mutan padi rendah indeks glisemik
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.