Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penilaian Kejuruteraan untuk Kemudahan Berkaitan Nuklear


Sebagai agensi R&D nuklear tunggal di Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia telah terlibat dalam pembangunan dan penyenggaraan pelbagai kemudahan berkaitan nuklear. Pengalaman yang dikumpul sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut telah membolehkan pasukan teknikal Nuklear Malaysia untuk menawarkan khidmat perundingan ke atas isu-isu kejuruteraan berkaitan kemudahan nuklear. Di antara isu-isunya adalah seperti kebocoran perisai sinaran, penambahbaikan kawalan kejuruteraan, kecacatan rekabentuk, kegagalan mekanisme dan kawalan penyinar dan lain-lain. Pasukan teknikal kami akan menilai dari aspek rekabentuk, spesifikasi, keadaan fizikal dan operasi kemudahan terbabit serta memberikan cadangan penyelesaian ke atas isu-isu kejuruteraan yang dihadapi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.