Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Perkhidmatan Rekabentuk & Fabrikasi Aksesori Makmal dan Penyelidikan


Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi rekabentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan peralatan, rig dan aksesori untuk penyelidikan dan makmal. Perkhidmatan ini termasuk pengubahsuaian dan pembaikan peralatan, rig dan aksesori sedia ada. Kami juga menawarkan khidmat perundingan pembangunan alatan berkaitan.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan di Nuklear Malaysia:

    • Peralatan, rig & aksesori direkabentuk khusus menurut keperluan pelanggan. 
    • Rakan teknikal untuk memberikan penyelesaian teknikal khusus menurut keperluan pelanggan.
    • Berpengalaman lebih 20 tahun memenuhi keperluan teknikal kerja-kerja penyelidikan dan makmal.

    image1

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.