Pada kebiasaannya, proses pembangunan kejuruteraan bermula dengan mendefinasikan keperluan produk berdasarkan keperluan pelanggan, syarikat, pasaran dan keperluan perundangan. Dari situ, spesifikasi parameter teknikal produk akan dapat disediakan. Pada masa sama, rekabentuk konsep permulaan akan dilaksanakan dengan menentukan ciri-ciri fizikal juga fungsi utama produk. Proses seterusnya adalah menterjemahkan rekabentuk konsep kepada rekabentuk terperinci yang melibatkan rekabentuk kejuruteraan dari pelbagai disiplin seperti mekanik, proses, elektrikal, elektronik, perisian dan sebagainya. Akhirnya, produk dihasilkan dengan kaedah pembuatan tertentu, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sesuai dengan produk yang dibangunkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.