Sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada manusia dan alam sekitar. Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif telah ditubuhkan dengan objektif untuk melindungi pekerja dan penduduk di kawasan sekitarnya dari risiko sinaran mengion, dan juga untuk memastikan persekitaran yang selamat melalui pengurusan sisa radioaktif yang berkesan.
Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan untuk mengendalikan sisa radioaktif yang dihasilkan dalam negara. Dengan adanya tenaga kerja yang mahir dan kemudahan yang lengkap, pusat ini mampu menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa radioaktif yang cekap selaras dengan kehendak undang-undang negara ini.
Kemudahan yang terdapat di Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif ialah:
Membuka dan menyediakan peralatan sumber terkedap terpakai
Kemudahan pembersihan pakaian tercemar
Makmal penyelidikan dan analisa untuk efluen dan sampel
Pemampat sisa untuk mengurangkan isipadu sisa
Kenderaan pengangkutan sisa.
Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan dalaman
Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan luar
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.