Sisa radioaktif adalah terhasil daripada sebarang aktiviti yang melibatkan kuasa nuklear atau bukan kuasa nuklear termasuklah perlombongan dan pemprosesan mineral. Seperti bahan sisa lain, sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul dan selamat agar keselamatan dan kesihatan orang awam dan alam sekitar tidak terjejas ketika ini juga tidak membebankan generasi akan datang. Justeru, Agensi Nuklear Malaysia selaku peneraju dalam bidang pengurusan sisa radioaktif telah diberi kepercayaan untuk mengurus sisa radioaktif di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, antara aktiviti utama yang telah dijalankan termasuklah pengurusan sisa radioaktif, repositori kebangsaan untuk pemprosesan dan pelupusan sisa radioaktif, pembangunan proses rawatan termal, selaras dengan konsep "Waste to Wealth" (W2W). Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ditumpukan terhadap pembangunan kaedah dan teknologi di sepanjang rantaian aktiviti dalam pengurusan sisa radioaktif termasuklah pencirian sisa, pengangkutan, rawatan awal, penyesuaian dan pelupusan. Pada masa yang sama, kepakaran dan pengalaman yang telah dibina digunakan untuk rawatan sisa bukan radioaktif yang lain seperti sisa pepejal perbandaran, sisa perubatan dan pengurusan sisa berbahaya.
Senarai penyelidikan dalam pengurusan sisa:
Senarai projek penyelidikan:
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.