Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Asselarator Alur Elektron Tenaga Rendah

Mesin alur electron bertenaga 140 keV dengan arus 10mA yang dikenali sebagai Baby EB adalah hasil dari penggabungan bekalan kuasa tinggi dari mesin X-ray jenama Phillip yang lama dengan komponen asas akselerator. Elektron yang dihasilkan oleh senapang electron jenis LaB6 (lanthanum hexaboride) dipecut melalui tiub pemecut sepanjang 30 cm. Projek ini telah berjaya menghasilkan alur electron berdiameter 10mm yang diimbas mengikut keluasan tetingkap titanium yang tebalnya 25 micron, untuk mendapatkan sinaran yang sekata.

adc1

adc7

Gambar akselerator alur elektron bertenaga 140keV

Secara umumnya, komponen utama mesin alur electron adalah sumber electron (katod atau senapang electron), litar pemecut untuk memecut electron, litar pemandu untuk memandu electron ke sasaran (juga dipanggil sebagai pengimbas alur) dan system sokongan seperti system vakum yang memastikan keadaan vakum dalam tiub pemecut dan system penyejuk untuk memastikan tetingkap dan pengimbas tidak panas. Haba yang tinggi boleh menyebabkan tetingkap pecah dan merosakkan pemecut.


Secara prinsipnya, mesin alur electron berfungsi sama seperti tiub sinar katod yang biasa digunakan pada televisyen lama. (Rajah 2). Elektron terhasil apabila filamen tungsten dipanaskan oleh bekalan kuasa elektrik. Alur electron di ekstrak dan dipecut oleh medan bezaupaya yang dibekalkan oleh bekalan voltan tinggi. Alur electron bertenaga tinggi ini difokus oleh alat pemfokus dan diimbas oleh gegelung pengimbas magnetic sambil ia menembusi tetingkap titanium dan seterusnya menghentam sampel atau bahan sasaran. Mesin sedia ada berupaya menghasilkan tenaga sehingga 140 kV walaupun punca voltan tinggi dikadarkan sehingga 160 kV. Kebiasaannya dengan tenaga di bawah 200keV, mesin alur electron kurang sesuai untuk digunakan sebagai mesin penyinar kerana kadar penembusan yang sangat rendah dan kemungkinan tiada tindakbalas berlaku pada sampel.

Oleh yang demikian, tumpuan kerja adalah untuk membangunkan bekalan kuasa voltan tinggi antara 200 hingga 300 kV. Pada masa yang sama, kuasa alur, system sokongan dan juga perisai perlu di naik taraf. Harapan kami adalah agar mesin alur electron ini dapat dibangunkan dan beroperasi dengan keupayaan dan reliability yang dijangkakan.

adc2

Prinsip akselerator alur electron adalah diterangkan dalam bentuk tiub sinar katod

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.