ALURTRON adalah pusat khidmat penyinaran alur elektron di Nuklear Malaysia yang menempatkan dua mesin alur elektron; satu bertenaga tinggi 3.0 MeV (EPS-3000) dan satu bertenaga rendah 200 keV (Curetron). Kedua-dua mesin ini dilengkapi dengan beberapa sistem penghantaran produk serta disokong oleh makmal QA/QC untuk ujian dosimetri dan polimer.
Mesin EPS-3000 digunakan dengan meluas dalam penyinaran secara komersial bagi tujuan:
Khidmat penyinaran yang diberikan adalah cepat, efisien, seragam dan baik. Ini adalah kerana sistem kawalan mesin EPS-3000 dapat menjalankan proses penyinaran dengan cara mengubah masa penyinaran dan keseragaman untuk produk besar yang berpermukaan luas. Proses ini dijalankan pada suhu bilik dengan kemampuan produktiviti yang tinggi.
Curetron pula digunakan untuk rawatan permukaan pelbagai aplikasi industri berasaskan kayu, plastik dan keluli, termasuk papan partikel, papan fiber, kerajang aluminium dan dakwat.
Kemudahan ALUTRON
![]() |
![]() |
Taut Silang Wayar dan Kabel |
Tiub Kecut Haba |
![]() |
![]() |
Topeng Kosmetik Muka |
Modifikasi Polimer |
![]() |
|
Pengawetan Penyalut Permukaan |
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.