Makmal Biomolekul telah ditubuhkan pada tahun 2011 selari dengan Penubuhan Pusat Pembangunan dan Kualiti (Blok 37). Makmal ini telah dilengkapi dengan peralatan saintifik yang diperlukan untuk melaksanakan kajian pada peringkat molekular seperti High Content Screening System, Cell Reporter System, Real Time PCR System dan juga EnSpire® Multimode Plate Reader. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di makmal ini adalah kajian anti-oksidan, kajian sitotoksik, kajian anti-proliferatif, kajian apoptosis, analisis kitaran sel, kajian pengekpressan gen, kajian translokasi protein dan lain-lain. Di dalam bidang penemuan ubatan, kajian di peringkat molekul adalah penting untuk menentukan keberkesanan dan mekanisma tindakan sesuatu ubatan baru yang dibangunkan. Pegawai bertanggungjawab untuk Makmal Biomolekul adalah Dr Zainah Adam
EnSpire® Multimode Plate Reader
Cell Reporter System
High Content Screening System
Real Time PCR system
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.