Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Multi-Pengesan Pembilang Alfa/Beta Berlatar Belakang Rendah

Sistem Multi-Pengesan Pembilang Alfa/Beta Berlatarbelakang Rendah ini dilengkapi dengan empat laci pembilangan, sesuai untuk aplikasi yang memerlukan beberapa sampel diukur pada masa yang sama dan memerlukan masa pembilangan yang panjang. Ia turut dilengkapi dengan sistem pemantauan gas P-10 (argon 90%, metana 10%). Alat ini menjimatkan penggunaan P10 sebanyak 50% berbanding dengan model lama. Kegunaan utama alat ini adalah untuk pengukuran keradioaktifan gros alfa/gros beta dalam pelbagai sampel alam sekitar termasuk air sungai, tanah, sedimen, sampel ujian calitan, ais, debu udara, dan juga untuk analisis kecekapan sistem penapisan air.

Pembilang Alfa

Penganalisis sedang meletakkan sampel ke dalam Sistem Multi-Pengesan Pembilang
Alfa/Beta Berlatar belakang Rendah


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.