Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Amaran Pintar Pengesanan Sinaran (SARD)

Sistem Amaran Pintar Pengesanan Sinaran (SARD) digunakan untuk memantau dan memberi amaran kepada pekerja sinaran apabila aras sinaran melebihi tahap yang ditetapkan. SARD beroperasi 24 jam secara automatik melalui bekalan kuasa solar yang dilengkapkan dengan aplikasi pembilang Geiger Muller (GM). Bagi pengukuran aras dos, isyarat denyutan dari GM akan digunakan untuk memberikan nilai dos radiasi dalam μSv/jam. Sistem ini mampu mengesan dan merakam kadar dos setiap 3 saat dan bacaan direkod di pangkalan data ‘Cloud’ melalui platfom wifi untuk memberi isyarat kepada petugas. Foto SARD yang diletakkan di kawasan simpanan sisa radioaktif untuk ujian ketahanan dan kestabilan data sebelum digunakan di loji perintis torium.

SARD

SARD diletakkan di lapangan untuk menguji ketahanannya dan kestabilan data sebelum digunakan


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.