Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penganalisa Terma Serentak (STA)

Penganalisa Terma Serentak (STA) merujuk kepada penggunaan serentak bagi aplikasi termogravimetri (TGA) dan kalorimeter pengimbasan pembezaan (DSC) untuk sampel yang sama. Oleh itu, penganalisa ini menghasilkan maklumat yang lebih banyak dan pantas. STA mengukur perubahan jisim dan kesan terma di antara -150°C dan 2400°C. Maklumat bahan seperti transformasi fasa, penguraian, kondensasi, pirolisis, pengoksidaan dan pembakaran dapat diperoleh menggunakan penganalisa ini. Ia dilengkapi dengan alat penimbang mikro, relau elektrik, sistem asas, sistem penyejukan, perkakasan dan perisian untuk menganalisis terma.

STA

Penganalisa Terma Serentak (STA)

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.