Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Berita

MENTERI MOSTI JEJAK KAKI KE NUKLEAR MALAYSIA

BANGI, 3 JUN 2020 - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menerima kunjungan rasmi oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini. Kunjungan YB Menteri turut disertai oleh Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha (KSU), Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) dan pegawai -pegawai kanan MOSTI yang lain.
Kunjungan sulung Menteri MOSTI ini telah disambut oleh barisan pengurusan Nuklear Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof yang turut berkongsi maklumat berkaitan peranan, kepakaran, kemudahan yang ada serta teknologi nuklear terkini yang dibangunkan oleh pegawai penyelidik Nuklear Malaysia.

YB Menteri turut berkesempatan melawat satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia iaitu Reaktor TRIGA Puspati serta ke Loji Perintis Pemprosesan Bahan Mineral. Kunjungan tersebut turut dibawa ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTec) yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa radioaktif di seluruh negara.


NUKLEAR MALAYSIA SUMBANG PERALATAN KEKANG COVID-19



BANGI, 20 MAC 2020 - Pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan turut dirasai di Nuklear Malaysia. Bagi melancarkan tugas pasukan barisan hadapan, Nuklear Malaysia telah menyumbangkan peralatan yang sangat diperlukan bagi mengekang penularan wabak ini. Antara peralatan yang disumbangkan adalah :
1. Glove saiz XL - 13 kotak  L - 2 kotak  S - 20 kotak (100 keping/kotak)
2. Splash goggle - 48 keping
3. Non woven cap - 1 kotak (1000 keping)
4. Shoe cover biru -1000 keping
5. Apron - 60 keping

Tumpuan utama sumbangan adalah kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Sumbangan peralatan tersebut telah diserahkan sendiri oleh wakil dari Nuklear Malaysia iaitu En. Syed Wafa, Puan Azima dan En. Fazli.