Sistem penyampaian ubat adalah bidang penyelidikan yang giat dibangunkan di Nuklear Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Salah satu bahan utama yang digunakan dalam kajian ini ialah kanji sagu yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan polimer kerana ia adalah sumber asli dan bersifat biodegradasi. Sagu karboksimetil (CMS) merupakan polisakarida larut air yang banyak digunakan dalam industri makanan dan bukan makanan. CMS mempunyai beberapa kelebihan berbanding kanji lain dari segi kestabilan termal, taut-silang pradominan dan keterlarutan yang tinggi serta lebih banyak digunakan dalam industri penggerudian minyak, farmaseutikal, kosmetik, nutrien, pestisid, bahan makanan dan pengkapsulan sel. Penyelidik Nuklear Malaysia telah mendapati CMS mempunyai ketoksikan yang rendah dan boleh digunakan sebagai pembawa-nano untuk menyampaikan ubat ke dalam tubuh, terutamanya bagi ubat terapeutik yang kurang menyerap melalui pengambilan secara oral. Foto dibawah menunjukkan ujian kemautan menggunakan udang air masin untuk menganalisis ketoksikan.
Penyediaan CMS daripada kanji sagu (Metroxylonsp)
Ujian kemautan udang air masin sedang dilakukan untuk menganalisis ketoksikan
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.