Ujian kebocoran adalah ujian fizikal yang dijalankan ke atas sumber terkedap untuk memastikan integriti kapsul melalui pengumpulan aktiviti kebocoran dari sumber.
Tujuan ujian kebocoran adalah untuk mengesahkan pengkelasan sumber terkedap dikekalkan sepanjang masa semasa ia digunakan.
Semua sumber terkedap, kecuali yang telah mendapat pengecualian perlu menjalani ujian kebocoran:
Nuklear Malaysia menyediakan penguji kebocoran yang bertauliah untuk menentukan kebocoran sumber radiasi yang digunakan dalam industri dan aplikasi lain. Aktiviti pengujian integrity sumber terkedap dilakukan secara tahunan bagi memenuhi keperluan undang-undang AELB.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.