Peralatan ‘gamma cell’ digunakan untuk radiasi akut ke atas sampel pertanian; biji benih, keratan pokok, bebawang, umbisi, sulur serta sampel kultur tisu tumbuhan; kalus dan embrio somatik untuk aruhan mutagenesis. Peralatan ini juga boleh diaplikasi dalam kajian kesan radiasi ke atas sel haiwan dan manusia, kalibrasi dosimeter rendah dan disinfestasi serangga. Kadar dos pada kedudukan tengah rujukan untuk bikar BB75-4 dan BB13-5, masing-masing adalah 7.3 Gray/minit dan 15.7 Gray/minit pada mod sumber radiasi tetap. Perkhidmatan penyinaran juga disediakan untuk institusi dan rakan usaha sama dari luar.
Hubungi:: Dr. Ahmad Zainuri Mohd Dzomir (zainuri[at]nm.gov.my)
Borang Tempahan Kemudahan Penyinaran Akut Sel Gama
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.