Sumber asli adalah merujuk kepada penggunaan mampan sumber asli utama seperti tanah, air dan mineral. Air adalah pra-syarat untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan, serta sebagai sumber yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi. Pada kebanyakan tempat di dunia ini, sumber air permukaan dan air tanah adalah mudah terdedah kepada berbagai risiko akibat daripada penggunaan air secara berleluasa tanpa kawalan, pertambahan penduduk yang semakin rancak, peningkatan permintaan air dalam berbagai aktiviti pertanian dan ancaman pencemaran persekitaran. Risiko-risiko ini sering diburukkan lagi oleh kekurangan pemahaman tentang keadaan tempatan yang mengawal sesuatu kejadian, penyebaran dan pengurusan sumber air permukaan dan sumber air tanah secara menyeluruh. Permasaalahan hidrologi seperti ini yang berkait rapat dengan aspek pengurusan dan pembangunan sumber air secara mampan boleh dikaji dan kebanyakannya boleh diselesaikan dengan menggunakan teknik nuklear @ isotop (penyurih isotop sekitaran dan radioisotop). Maklumat atau hasil yang diperolehi daripada penggunaan teknik isotop dan nuklear yang dianggap sebagai pelengkap dan tambahan kepada pendekatan lazim yang kebiasaannya digabungkan dengan maklumat hidrologi atau geofizik daripada teknik non- nuklear (teknik lazim seperti penggunaan kaedah keberintangan elektrik tanah) untuk menghasilkan pemahaman yang komprehensif tentang sistem air bawah tanah (air tanah) berskala besar (rantau) atau sistem air permukaan, serta menyediakan asas yang kukuh secara saintifik untuk pihak pengurusan membuat keputusan yang terbaik. Dalam kes-kes tertentu, teknik nuklear dianggap sebagai salah satu alat yang penting yang sedia ada dan memihak kepada ahli hidrologi dan jurutera sumber air bagi membantu mereka membongkar dan menyelesaikan selok-belok yang wujud dalam sistem sumber air kita. Pemerhatian dan minat di dalam bidang kajian seperti ini terus berkembang sebagaimana yang ditunjukkan oleh peningkatan jumlah permintaan daripada beberapa pihak berkuasa berkaitan air di Negara ini.
Di Malaysia, usaha untuk menggalakkan penggunaan teknik isotop dalam sumber air dan hidrologi serta sektor pengurusan alam sekitar telah diperjuangkan oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Nuklear Malaysia adalah satu-satunya institut penyelidikan nuklear di negara ini yang memainkan peranan penting menggalakkan penggunaan secara aman teknologi isotop melalui aktiviti-aktiviti usaha sama penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang agresif, kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan atau pelanggan khususnya agensi-agensi berkaitan kerajaan dan sektor swasta termasuk universiti.
Di antara isu-isu utama yang boleh ditangani melalui penggunaan teknologi nuklear dalam bidang Pengurusan Sumber Air dan Alam Sekitar dari segi menyediakan maklumat unik dan penting kepada pihak-pihak yang berkuasa (berkepentingan) adalah seperti berikut:
Senarai sebahagian projek-projek penyelidikan semasa dan terdahulu yang dilakukan:
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.