Nuklear Malaysia mula membangunkan kemudahan iradiasi gama apabila Loji MINTec-Sinagama ditauliahkan di Kompleks Agensi Nuklear Malaysia, Jalan Dengkil, pada 13 Januari 1989. Loji MINTec-Sinagama atau dikenali sebagai SINAGAMA menggunakan tenaga mengion gelombang gama dari punca radioaktif kobalt-60. Loji ini telah mendapat pentauliahan sijil pengurusan kualiti ISO 9001:2008, sistem kualiti piawaian ISO 13485:2003. Oleh yang demikian, penyinaran di SINAGAMA adalah mengikut garis panduan antarabangsa. Loji ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Premis Iradiasi Makanan. Pada tahun 2004, loji penyinaran ini telah dinaiktaraf kepada JS 10000 (IR-219), yang mana boleh menyinarkan pelbagai produk yang memerlukan dos berbeza pada satu-satu masa.
SINAGAMA adalah pusat kemudahan penyinaran bertaraf komersial yang menawarkan perkhidmatan dan penyelidikan seperti berikut:
Sebagai sebuah pusat penyelidikan kebangsaan, Nuklear Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan teknologi penyinaran untuk membantu menambah nilai produk negara, sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara. Bagi menggalakkan penggunaan penyinaran untuk produk yang berpotensi, loji ini dilengkapi dengan gelung penyelidikan (research loop) sekiranya terdapat produk-produk baru yang ingin diuji. Selain itu, Nuklear Malaysia sering memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang berminat untuk menggunakan teknologi ini, termasuk mereka yang terlibat di dalam industri kecil dan sederhana tempatan dan juga negara jiran seperti Singapura. Sokongan yang diberikan oleh usahawan-usahawan ini telah membantu SINAGAMA untuk terus dikenali sebagai pusat perkhidmatan penyinaran gama dan secara langsung membantu menyumbang kepada ekonomi negara.
Kemudahan SINAGAMA
Perkhidmatan penyinaran produk:
Pensterilan produk perubatan, bahan pembungkus dan bekalan makmal
Pensterilan produk farmaseutikal
Makanan, herba & rempah ratus
Produk pertanian
Buah-buahan
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.