PENCAPAIAN PROGRAM KUALITI NUKLEAR MALAYSIA
Semenjak tahun 1991, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah mula terlibat dengan program pensijilan dan akreditasi kualiti (ISO). Dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan jabatan, sehingga kini Nuklear Malaysia telah berjaya mengekalkan 11 pensijilan dan akreditasi kualiti di 10 fasiliti yang terlibat. Jadual 1 menunjukkan senarai fasiliti yang memperolehi pensijilan dan akreditasi ISO di Nuklear Malaysia.
Jadual 1: Senarai fasiliti yang Memperolehi Pensijilan & Akreditasi ISO di Nuklear Malaysia
BIL |
PERSIJILAN & AKREDITASI ISO |
FASILITI |
TAHUN MULA PENSIJILAN & AKREDIATASI ISO |
KEJAYAAN |
1. |
ISO 9001:2015 |
SINAGAMA |
1991 |
Fasiliti pertama kerajaan yang ditauliahkan dengan persijilan ISO 9001 |
2. |
ISO 13485:2016 |
1999 |
||
3. |
ISO 9001:2015 |
ALURTRON |
2003 |
Perkhidmatan penyinaran alur untuk peningkatan kualiti produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berjaya dikomersialkan |
4. |
ISO 9001:2015 |
RAYMINTEX |
2003 |
Loji Penghasilan Lateks Getah Asli Tervulkan Sinaran (RVNRL) yang pertama di dunia |
5. |
ISO 9001:2015 |
Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC) |
2018 |
Diiktiraf sebagai Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif Kebangsaan
|
6. |
ISO 9001:2015 |
Pusat Kecemerlangan Nuklear (CoNE) |
2006 |
Diiktiraf sebagai Pusat Latihan Serantau Kursus Pendidikan Pascasiswazah dalam Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Punca Sinaran (PGEC) |
7. |
ISO/IEC 17025:2017 |
Makmal Radiokimia dan Alam Sekitar (RAS) |
2005 |
Agensi pertama kerajaan bertindak sebagai Makmal Analisis Keradioaktifan Kebangsaan dan diakreditasi dengan ISO/IEC 17025 semenjak tahun 2005 |
8. |
ISO/IEC 17025:2017
|
Kumpulan Metrologi Sinaran (KMS) |
2021 |
Makmal Standard Dosimetri Sekunder (SSDL) diiktiraf sebagai Pusat Metrologi Sinaran Kebangsaan diakreditasi dengan ISO/IEC 17025 sejak 2004. Penggabungan kedua-dua akreditasi ISO Makmal SSDL dan KFP dibawah KMS telah dilaksanakan pada tahun 2021 |
Makmal Fizik Perubatan (KFP) diakreditasi dengan ISO/IEC 17025 sejak 2013. Penggabungan kedua-dua akreditasi ISO Makmal SSDL dan KFP dibawah KMS telah dilaksanakan pada tahun 2021 |
||||
9. |
ISO/IEC 17020:2012 |
Kumpulan Sinaran Tidak Mengion (NIR) |
2019 |
Fasiliti pertama agensi kerajaan diakreditasi dengan ISO/IEC 17020 pada tahun 2019 |
10. |
ISO/IEC 27001:2013 |
Pusat Teknologi Maklumat (IT) |
2014 |
Fasiliti pertama di Nuklear Malaysia menerima pensijilan ISO/IEC 27001 |
11. |
ISO 22301:2019 |
Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP-BCMS) |
2019 |
Agensi kerajaan pertama menerima pensijilan ISO 22301 |