KEMUDAHAN PENYINARAN ALUR ELEKTRON
ALURTRON merupakan sebuah kemudahan pusat khidmat penyinaran alur elektron di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). ALURTRON mempunyai dua mesin alur elektron iaitu mesin bertenaga tinggi sederhana 3.0 MeV (EPS3000) dan bertenaga rendah 200 keV (Curetron) . Kedua-dua mesin ini dilengkapi dengan beberapa sistem penghantar produk serta disokong oleh makmal QA/QC untuk ujian dosimetri dan polimer.
Mesin EPS-3000 digunakan dengan meluas dalam penyinaran secara komersial bagi tujuan:
- Taut-silang penebat wayar dan kabel,
- Taut-silang tiub kecut haba,
- Taut-silang bahan polimer,
- Proses penyinaran (EI) untuk wafer semikonduktor.
ALURTRON juga menyediakan perkhidmatan pembangunan produk untuk:
- Taut-silang dan pensterilan produk farmaseutikal seperti sarung tangan, picagari dan pembalut luka,
- Pensterilan produk perubatan,
- Rawatan gas serombong (flue gas),
- Rawatan sisa air industri dan kumbahan.
Khidmat proses penyinaran yang diberikan adalah cepat, efisien, seragam dan berada dalam kawalan pengendalian terbaik . Ini adalah kerana sistem kawalan mesin EPS3000 dapat menjalankan proses penyinaran dengan cara mengubah, menyelaras masa penyinaran dan mampu mencapai keseragaman dos untuk produk yang berpermukaan luas. Proses ini dijalankan pada suhu bilik dengan kemampuan produktiviti yang tinggi.
Curetron pula digunakan untuk rawatan permukaan pelbagai aplikasi industri berasaskan kayu, plastik dan keluli, termasuk papan partikel, papan fiber, kerajang aluminium dan dakwat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.