KEMUDAHAN PENYINARAN KRONIK RUMAH HIJAU GAMA (GGH)
Rumah Hijau Gama (GGH) merupakan satu-satunya kemudahan penyinaran kronik di rantau ini. GGH adalah kemudahan untuk mengaruh mutasi ke atas tumbuh-tumbuhan dan sampel biologi menggunakan sinaran gama dos rendah pada tempoh masa yang panjang bergantung kepada jenis dan kepekaan sampel. Ia terdiri daripada rumah hijau 15 meter radius, bilik kawalan dan irradiator. Irradiator mengandungi punca sinaran radioaktif Caesium-137 yang menghasilkan sinaran gama dos yang rendah. Sampel akan terdedah kepada sinaran dos rendah dalam jangkamasa hari, minggu, bulan dan tahun. Kadar penyinaran semasa adalah 2 Gray/jam pada jarak 1 meter dari sumber. GGH beroperasi setiap hari bagi memastikan sampel terdedah kepada dos yang diperlukan mengikut reka bentuk eksperimen.
GGH telah dilantik oleh IAEA sebagai IAEA Collaborating Centre (ICC) bagi tahun 2019 hingga 2023. Sebagai ICC, GGH menerima pelatih dari luar negara di bawah program anjuran IAEA bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penyelidikan biak baka mutasi tumbuhan. Selain daripada itu, GGH juga menawarkan khidmat penyinaan kronik kepada penyelidik tempatan, pelajar serta mereka yang berminat dengan harga yang berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.