KEMUDAHAN PENYINARAN AKUT SEL GAMA
Sel Gama Biobeam GM 8000 (GmbH, Germany) digunakan bagi penyinaran akut ke atas sampel pertanian; biji benih, keratan vegetatif pokok, bebawang, umbisi, sulur serta sampel kultur tisu tumbuhan, kalus dan embrio somatik untuk aruhan mutagenesis. Disamping itu, peralatan ini juga boleh diaplikasi dalam kajian kesan radiasi ke atas sel haiwan dan manusia, kalibrasi dos rendah dan disinfestasi serangga.
Kelebihan
- Sesuai untuk kajian dan aplikasi yang menggunakan dos rendah dan penyinaran pada masa yang singkat
- Memberikan kadar dos yang tinggi dan keseragaman yang baik serta sangat penting dalam kajian radiasi
- Memiliki mekanisma yang khas untuk memindahkan sampel dari pintu masuk ke kedudukan penyinaran secara selamat
- Mempunyai struktur pelindung sempurna di mana ia menempatkan sumber radiasi dalam pelindung secara dalaman
- Penempatan di makmal atau bilik yang sedia ada tanpa memerlukan struktur pelindung tambahan
Kegunaan
- Pembiak bakaan tanaman melalui sinaran akut
- Penyinaran darah bagi kajian biodosimetri
- Penyinaran komposit bagi kajian bahan bagi kegunaan dalam bidang perubatan
- Kajian radiobiologi – kesan iradiasi terhadap sel, serangga, haiwan kecil dan lain-lain lagi
- Pensterilan/pemandulan reproduktif-serangga untuk kajian teknik pensterilan serangga
- Mematikan sel hidup untuk memastikan keselamatan transfusi kepada pesakit untuk tujuan imunoterapi
- Kajian dalam pembangunan penunjuk / dosimeter dos rendah berdasarkan polimer, bahan silika dan lain-lain
- Kalibrasi dosimeter berskala dos rendah terutamanya untuk tujuan fitosanitasi
- Kalibrasi sampel makanan (penyinaran semula) untuk menghasilkan kiraan PSL yang dikalibrasi untuk analisis pengesanan penyinaran makanan menggunakan Teknik fotostimulasi luminesens
Tawaran
Agensi Nuklear Malaysia menawarkan perkhidmatan dan perundingan tentang sinaran akut kepada pengguna yang berminat seperti institut penyelidikan dan syarikat swasta.
Kemudahan penyinaran akut sel gama
Jenis-jenis sampel pertanian
Jenis-jenis sampel bukan pertanian
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.