Web Analytics Made Easy - Statcounter
  • PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

MAKMAL ANALISIS ISOTOP STABIL

Makmal Analisis Isotop Stabil merupakan sebuah makmal yang telah dibangunkan di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-11 “Rolling Plan 4” bagi meningkatkan keupayaan analisis isotop stabil untuk perkhidmatan dan kajian yang melibatkan sistem jejakan dan pengesahan ketulenan produk pertanian strategik negara. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan terkini bagi pemprosesan, penimbangan dan juga analisis bagi sampel-sampel produk makanan dan juga pertanian. Antara alat-alat penting bagi tujuan pemprosesan sampel ialah mesin separa mikro-penimbang berketepatan tinggi (precision semi-microbalance) yang berkemampuan menyukat jisim sampel pada skala mikrogram. Di samping itu, terdapat juga alat pengering beku (freeze dryer) yang digunakan bagi pengeringan sampel pada suhu rendah tanpa menjejaskan kualiti sampel.

Peralatan utama di dalam makmal ini ialah “Gas Chromatography Elemental Analyzer Isotope Ratio Mass Spectrometer” (GC-EA-IRMS) yang berkemampuan menjalankan analisis bagi penentuan nisbah isotop stabil secara menyeluruh dan juga spesifik kompaun yang terdapat di dalam sampel-sampel yang diterima. Selain itu, peralatan utama lain yang terdapat di dalam makmal ini ialah spektroskopi laser (laser spectroscopy) yang digunakan bagi analisis gas-gas rumah hijau bagi sampel-sampel isotop stabil yang diterima seperti metana, karbon monoksida, nitrus oksida, ammonia dan lain-lain lagi. Dengan adanya peralatan-peralatan berteknologi tinggi yang berkemampuan dalam memberikan keputusan secara tepat dan jitu. Makmal ini dapat memberikan perkhidmatan analisis isotop stabil kepada agensi-agensi kerajaan dan juga swasta untuk membantu dalam menjamin kualiti, keselamatan dan kelestarian produk agromakanan negara.

biak baka
Makmal Analisis Isotop Stabil
 
biak baka
Antara peralatan-peralatan yang ada
 
biak baka
 
biak baka
Bilik timbang Makmal Analisis Isotop Stabil

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.