Web Analytics Made Easy - Statcounter
  • PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

MAKMAL FLORA VITRO

Makmal Flora Vitro adalah makmal komersial kultur tisu bagi penghasilan anak pokok secara in vitro. Makmal ini dilengkapi dengan pejabat, bilik mesyuarat, bilik penyediaan media dan kawasan mencuci serta kawasan aseptik/bersih yang terdiri daripada bilik pemindahan yang besar dan tiga bilik pengeraman. Bilik pengeraman boleh memuatkan kira-kira 300,000 kultur tisu tanaman pada satu-satu masa dengan kapasiti pengeluaran sekitar 1.8 juta anak benih tanaman setahun. Makmal ini telah beroperasi sepenuhnya sejak Jun 2002 dan menyediakan khidmat perundingan dalam pengeluaran anak pokok berskala besar melalui kaedah kultur tisu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.