
TEKNOLOGI BIOKOMPOS TARIK MINAT SYARIKAT SWASTA METERAI PERJANJIAN
BANGI, 31 JAN 2024 : Nuklear Malaysia dan Syarikat Minda Wangsa Agro telah menjalinkan kerjasama dalam aspek aplikasi dan pengembangan teknologi kompos menggunakan fungus tersinar. Majlis menandatangani Perjanjian Persetujuan (MoA) ini telah diadakan di Bilik Persidangan, Nuklear Malaysia dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Dr. Rosli Darmawan danPengarah Syarikat Minda Wangsa Agro, En. Prakasrao Apparau.
Kerjasama antara kedua-dua pihak ini melibatkan pembangunan sistem fertigasi yang dikawal menggunakan teknologi Internet of Things (IOT) dan penghasilan biokompos menggunakan kompleks mikrob berasaskan penggunaan sisa agro pertanian khususnya daripada sisa substrat cendawan. Menerusi perjanjian kerjasama ini, Nuklear Malaysia bakal memperkenal dan mempromosi aplikasi teknik teknologi nuklear bagi penghasilan kompos substrat yang diuraikan oleh fungus kepada industri makanan dan pertanian.
Turut serta di dalam majlis, Pengarah Bahagian Agroteknologi & Biosains, Ts. Dr. Azhar Mohamad, Pengurus Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Dr. Siti Najila Mohd Janib, pegawai penyelidik Nuklear Malaysia dan pihak pengurusan Syarikat Minda Wangsa Berhad.