
MOSTI RAI PESARA, BAKAL PESARA DAN PENERIMA APC 2023
PUTRAJAYA , 6 MAC 2024: Seramai 16 orang pesara dan bakal pesara serta 62 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) 2023 telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) 2024 yang diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya.
Anugerah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri MOSTI dan disaksikan Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan Dr. Rosli Darmawan, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan semua penerima APC Tahun 2023 atas prestasi cemerlang yang ditonjolkan. Kepada pesara dan bakal pesara, setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Semoga kenangan menyertai perkhidmatan awam menjadi memori terindah. Terima kasih dan selamat bersara.
Cantik berseri bunga mempelam, Dambaan kasih Putri tersayang, Anugerah diberi, tangan disalam, Lambang megah warga NUKLEAR cemerlang