NUKLEAR MALAYSIA & USAS INTAI PELUANG KERJASAMA
BANGI, 9 MEI 2024 : Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia ) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak. Sesi interaksi dan perbincangan antara dua pihak ini telah diadakan di Bilik Majlis, Agensi Nuklear Malaysia.
Delegasi daripada USAS yang telah diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Censelor, disambut baik oleh Dr. Rosli bin Darmawan, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia serta barisan pengurusan atasan.
Pada sesi ini, pelbagai potensi kerjasama telah dibincangkan seperti pemindahan teknologi serta projek penanaman varieti padi NMR-152 di kawasan tanah terbiar di kawasan Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. NMR 152 merupakan satu varieti padi yang telah dibangunkan melalui kaedah biak baka mutasi aruhan ke atas benih padi MR 219 menggunakan sinar gama.
Kerjasama ini dijangkadapat memberikan impak positif serta membantu meningkatkan ekonomi serta pendapatan para pesawah terutamanya di Kuala Kangsar.