PRINTING INK MATERIALS
Resin ini diasaskan daripada bahan mentah tempatan iaitu minyak sawit dan digunakan untuk menghasilkan resin mesra alam bagi formulasi dakwat pencetak. Penghasilan produk ini dicapai melalui kaedah sintesis yang dipatenkan. Produk ini boleh menggantikan kebergantungan pada resin petrokimia dan telah lulus ujian standard seperti kilauan, lekatan, kelenturan dan lain-lain.