VARIETI BAHARU KEKWA MAJESTIC PINK
Varieti baharu ini dibangunkan melalui kaedah biak baka mutasi menggunakan sinaran mengion. Kelopak bunga induk kekwa pink dikulturkan secara in-vitro dalam piring petri dan didedahkan dengan sinaran alur ion. Pucuk yang terhasil dipropagasi secara kultur tisu untuk membentuk tumbuhan lengkap sebelum dipindahkan ke rumah teduhan. Varieti ini mempunyai sifat unik (daun bercorak, pokok rendah dan bunga yang padat) dan sesuai sebagai bunga keratan atau pokok pasuan.