SAMARIUM-153 EDTMP
Samarium-153 EDTMP digunakan untuk membantu melegakan kesakitan tulang bagi pesakit yang menghidapi penyakit kanser tahap kronik. Kebanyakan pesakit kanser (contohnya prostat, payudara atau paru-paru) harus menanggung kesakitan yang melampau pada tulang. Rawatan sinaran ini mampu melegakan kesakitan tersebut berbanding menggunakan steroid yang menjejaskan aktiviti fizikal pesakit.