TEKNOLOGI REAKTOR NUKLEAR
-
Reaktor TRIGA PUSPATI
Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) merupakan reaktor penyelidikan nuklear dengan kuasa 1 MW terma di Malaysia. RTP mula beroperasi setelah mencapai kegentingan pertama pada 28 Jun 1982. Perkataan TRIGA bermaksud T-Training, R-Research, I-Isotope production dan GA-General Atomic Inc. (pembekal reaktor nuklear jenis TRIGA yang berpangkalan di Amerika Syarikat). Manakala, PUSPATI merupakan singkatan dari perkataan Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (nama kedua digunakan oleh Agensi Nuklear Malaysia dari 8 Oktober 1973 hingga 17 Jun 1983).
RTP merupakan reaktor penyelidikan jenis kolam, dengan terasnya terletak di dasar tangki aluminium sedalam tujuh meter dan dikelilingi oleh perisai biologi konkrit ketumpatan tinggi. Reaktor ini menggunakan elemen bahan api pepejal terdiri daripada uranium yang diperkaya dan zirkonium-hidrat (U-ZrH1.6). Air nyah-galian bertindak sebagai penyejuk dan pelambat neutron, sementara grafit berfungsi sebagai pembalik neutron.
Aplikasi RTP secara umumnya dibahagikan kepada tiga aktiviti, iaitu penyelidikan, penyinaran dan pendidikan dan latihan.
Berminat untuk melawat RTP, sila ke:
Agensi Nuklear Malaysia Visitor Registration and RTP Service Application System (u-RTP)
Penyelidikan
Aktiviti penyelidikan utama yang dijalankan pada masa kini terbahagi kepada tiga kategori:
Kemudahan Penyinaran
RTP direka bentuk untuk memanfaatkan sumber neutron dalam bidang nuklear, sains dan kejuruteraan (NSE).
Kemudahan yang ditawarkan untuk penyinaran adalah:
Pendidikan dan Latihan
Jadual 1 menggambarkan bilangan aktiviti Pendidikan dan Latihan (E&T) yang diadakan di RTP dari 2013 hingga 2019.
Berikut adalah senarai eksperimen yang di tawarkan:
- Reactor Startup and Shutdown Checklist
- Core Excess and Shutdown Margin Calculation
- Control Rod Reactivity Insertion
- Reactor Kinetics and Delayed Neutron
- Neutron Activation Analysis
- Reactor Power Calibration
- Neutron Spectrum Measurement
- Power Calibration
- Reactivity Feedback and Coefficient
- TRIGLAV Calculation & MCNP Simulation
- RTP Simulator
- NDT Experiment
- Radiation Protection & Shielding Experiment
- Approach to Criticality
Senarai kuliah yang ditawarkan:
- Nuclear Reactor Physics
- Nuclear Reactor Thermal Hydraulics
- Nuclear Instrumentation & Control
- Nuclear Probabilistic Safety Assessment
- Reactor Safety
- Introduction to Reactor Experiment in RTP
- Radiation Physics
- Fuel Engineering
- Material Engineering for Nuclear Reactor
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.