TEKNOLOGI SISA DAN ALAM SEKITAR
- AIR DAN SUMBER ASLI
-
Penilaian Sumber Air dan Alam Sekitar
Sumber asli adalah merujuk kepada penggunaan mampan sumber asli utama seperti tanah, air dan mineral. Air adalah pra-syarat untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan, serta sebagai sumber yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi. Pada kebanyakan tempat di dunia ini, sumber air permukaan dan air tanah adalah mudah terdedah kepada berbagai risiko akibat daripada penggunaan air secara berleluasa tanpa kawalan, pertambahan penduduk yang semakin rancak, peningkatan permintaan air dalam berbagai aktiviti pertanian dan ancaman pencemaran persekitaran. Risiko-risiko ini sering diburukkan lagi oleh kekurangan pemahaman tentang keadaan tempatan yang mengawal sesuatu kejadian, penyebaran dan pengurusan sumber air permukaan dan sumber air tanah secara menyeluruh. Permasaalahan hidrologi seperti ini yang berkait rapat dengan aspek pengurusan dan pembangunan sumber air secara mampan boleh dikaji dan kebanyakannya boleh diselesaikan dengan menggunakan teknik nuklear @ isotop (penyurih isotop sekitaran dan radioisotop). Maklumat atau hasil yang diperolehi daripada penggunaan teknik isotop dan nuklear yang dianggap sebagai pelengkap dan tambahan kepada pendekatan lazim yang kebiasaannya digabungkan dengan maklumat hidrologi atau geofizik daripada teknik non- nuklear (teknik lazim seperti penggunaan kaedah keberintangan elektrik tanah) untuk menghasilkan pemahaman yang komprehensif tentang sistem air bawah tanah (air tanah) berskala besar (rantau) atau sistem air permukaan, serta menyediakan asas yang kukuh secara saintifik untuk pihak pengurusan membuat keputusan yang terbaik. Dalam kes-kes tertentu, teknik nuklear dianggap sebagai salah satu alat yang penting yang sedia ada dan memihak kepada ahli hidrologi dan jurutera sumber air bagi membantu mereka membongkar dan menyelesaikan selok-belok yang wujud dalam sistem sumber air kita. Pemerhatian dan minat di dalam bidang kajian seperti ini terus berkembang sebagaimana yang ditunjukkan oleh peningkatan jumlah permintaan daripada beberapa pihak berkuasa berkaitan air di Negara ini.
Di Malaysia, usaha untuk menggalakkan penggunaan teknik isotop dalam sumber air dan hidrologi serta sektor pengurusan alam sekitar telah diperjuangkan oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Nuklear Malaysia adalah satu-satunya institut penyelidikan nuklear di negara ini yang memainkan peranan penting menggalakkan penggunaan secara aman teknologi isotop melalui aktiviti-aktiviti usaha sama penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang agresif, kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan atau pelanggan khususnya agensi-agensi berkaitan kerajaan dan sektor swasta termasuk universiti.
Di antara isu-isu utama yang boleh ditangani melalui penggunaan teknologi nuklear dalam bidang Pengurusan Sumber Air dan Alam Sekitar dari segi menyediakan maklumat unik dan penting kepada pihak-pihak yang berkuasa (berkepentingan) adalah seperti berikut:
- Penilaian potensi sumber air tanah untuk bekalan air (contoh penentuan sumber dan asal-usul, usia- air, kualiti air dan dinamik aliran seperti kadar imbuhan, perilaku percampuran, pergerakan dan arah aliran)
- Kemasinan air tanah (Penerobosan air masin ke dalam sistem air tawar)
- Pencemaran air permukaan / air tanah (contoh daripada tapak pelupusan sanitari, sisa luahan munisipal/ industri dan kolam ternak ikan)
- Saling hubungan antara berbagai jasad-jasad air (contoh: air laut, sungai, air tanah, mata air, air hujan, tasik/ kolam/lombong, dsb) Menjejaki sumber dan migrasi bahan pencemaran (kajian forensik alam sekitar)
- Keseimbangan air (simpanan, kadar penyusupan, ciri-ciri aliran, evapo-transpirasi)
- Pemendapan (sedimentasi) dan hakisan dalam tasik dan takungan air
- Pengukuran masa transit, sebaran dan luahan /kadar aliran (contoh aliran sungai dan sistem tali air pertanian)Mengenalpasti masalah kebocoran dan resapan pada struktur semulajadi atau buatan manusia (contoh empangan, taliair, tasik)
Senarai sebahagian projek-projek penyelidikan semasa dan terdahulu yang dilakukan:
- Projek IAEA/RCA RAS 7022 :Penggunaan teknik isotope dalam kajian kedinamikan air bawah tanah dan kadar kemasukan air untuk pengurusan sumbar air tanah)
- Penilaian kemasukan air tanah menggunakan isotop semulajadi dan teknik konvensional untuk menyokong pengurusan air tanah di Lembangan Sungai Kelantan Utara (NKRB).
- Projek TC dalam kajian kesan perubahan cuaca ke atas sumber air menggunakan kaedah bersepadu isotop, kimia analisis and teknik konvesional (MAL2012007).
- Perlindungan abtraksi sumber air minuman, pengkondisian masa sebenar dan rawatanya)
- Projek IAEA /RCA -RAS7024: Sokongan Nuklear dan teknik isotop untuk menilai impak perubahan iklim untuk pengurusan ekosistem marin yang mampan).
- Projek Dana Sains (03-03-01-SF0205): Penggunaan teknik isotop dalam mengenal pasti dan mengukur sumber air bawah tanah untuk pengurusan sumber air bawah tanah yang mampan)
- Projek Dana Sains (03-03-01-SF0255): Penilaian keberubahan iklim di kawasan persekitaran pantai menggunakan isotop & teknik nuklear: memberi tumpuan kepada rekod sedimen & karang)
- GNIP (Rangkaian Global Isotop dalam Air Hujan).
- Kajian penyukatan luah menggunakan kaedah radioisotope dan konvensuinal di kawasan tadahan Sg. Weng, Kedah (Perbandingan analisis data luah dari tahun 2003-2005)
- Kajian Awal Hidrologi Isotop di Kawasan Paya Indah Wetlands (PIW).
- Penilaian corak dalam kualiti air tawar menggunakan isotop alam sekitar dan teknik kimia untuk pengurusan sumber yang lebih baik di Pulau Langkawi, Malaysia)
- Projek IAEA/RCA-RAS8093: Penggunaan isotop dalam keselamatan empangan empangan & kajian kelestarian empangan)
-
Eksplorasi Sumber Asli
Pendekatan Bukan Konvensional
Kajian dengan menggunakan pendekatan secara bukan konvensional akan menganggarkan jumlah sumber torium sedia ada daripada lombong-lombong dan kilang-kilang amang yang masih beroperasi yang mempunyai bahan asas torium seperti monasit, xenotim dan sebagainya. Monasit mengandungi sehingga 7 peratus torium sementara xenotim hanya mengandungi kurang dari 1 peratus torium. Maklumat tentang mineral yang mengandungi torium akan dibuat semasa lawatan ke kilang amang (Rajah 1 dan 2). Anggaran jumlah torium semasa dapat dikira berdasarkan kepada peratusan kandungannya dalam mineral berkenaan. Walaupun aktiviti fasa ini tamat pada penghujung tahun 2015, maklumat kedudukan stok mineral torium akan dikemaskini setiap bulan sehingga tahun 2018.Pendekatan Konvensional
Pendekatan konvensional meliputi survei untuk mendapatkan sumber torium dari batuan, alluvium dan sebagainya. Aktiviti ini dijangka memakan masa antara 2 - 3 tahun. Penjelajahan khusus untuk torium tidak pernah dilakukan di Malaysia. Namun demikian, pengetahuan tentang kewujudan kawasan yang mempunyai kepekatan torium yang tinggi diperolehi dari hasil kajian penjelajahan uranium yang pernah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains dari tahun 1984 to 1995. Kawasan yang mempunyai kepekatan punca torium tinggi adalah Bukit Keluang, Bukit Damar, Sungai Perdak, Kompleks Igneus Benom-Benta dan granit Bukit Tinggi di Pahang; granit Nal - Bakar - Terekak, dan kompleks igneus Krai di Kelantan. Kajian akan melibatkan kerja-kerja pemetaan geologi, kajian geofizik, survei radiometrik, pengorekan dan pembinaan lubang gerudi di kawasan berpotensi.
- PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR
-
Penilaian Keradioaktifan Marin
Oleh kerana lebih daripada 70% permukaan bumi terdiri daripada lautan, persekitaran marin menjadi penerima utama pelbagai jenis radionuklid yang dibebaskan dari pelbagai sumber, kedua-duanya dirancang dan tidak sengaja. Penyumbang utama kepada aras umum radionuklid antropogenik ditemui di perairan marin adalah kesan daripada ujian senjata nuklear atmosfera (yang dijalankan terutamanya dalam tahun 1950-an dan 1960-an), kemalangan nuklear Chernobyl dan Fukushima, pelepasan radionuklid daripada pemasangan loji nuklear dan pemprosesan semula bahan api nuklear, lambakan sisa nuklear ke dalam lautan dunia dan laut, kemalangan kapal selam nuklear, sumbangan dari tapak ujian senjata nuklear, kehilangan senjata nuklear dan punca radioaktif, dan pembakaran satelit. Tiga radionuklid antropogenik i.e. Sr-90, Cs-137 and Pu-239+240 adalah radionuklid yang paling melimpah dan tinggi dari segi radiologinya untuk pemancar beta, gamma dan alfa. Kehadirannya di persekitaran marin boleh membawa kepada dos radiasi yang tinggi kepada manusia dan biota laut. Lain-lain radionuklid di persekitaran marin adalah H-3, C-14 dan Am-241 yang juga masih boleh dikesan dan diukur. Radionuklid berseparuh hayat pendek seperti I-131 dan Cs-134 boleh menjadi sangat penting berikutan kemalangan nuklear dan diukur bersama-sama dengan radionuklid lain. Selain daripada radionuklid antropogenik, keradioaktifan semula jadi daripada siri pereputan U-238, Th-232 dan U-235 dan di samping itu K-40 juga diukur dalam sampel marin. Radionuklid ini boleh dibekalkan secara terus kepada persekitaran marin dari atmosfera melalui pemendapan kering dan basah; dan secara tidak langsung oleh aliran air dari sungai dan daratan.
Pada tahun 2003, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dengan penglibatan Nuklear Malaysia melaksanakan program pemantauan marin menyeluruh untuk membangunkan pangkalan data keradioaktifan marin negara. Projek berakhir pada tahun 2007 yang mana aras keaktifan radionuklid didapati berbeza dalam air laut, sedimen marin, biota laut yang dipilih di seluruh negara dan telah dikumpul dan didokumenkan. Aras keradioaktifan di persekitaran marin Malaysia telah dipantau secara berterusan menggunakan peruntukan kerajaan yang diperoleh dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Geran Penyelidikan Dana Sains. Pelayaran saintifik juga telah diadakan untuk memperoleh data yang komprehensif mengenai aras keradioaktifan dalam air laut dan sedimen marin di pesisir pantai dan juga kawasan luar pesisir pantai.
Berikutan kemalangan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi pada Mac 2011 yang mengakibatkan pelepasan terbesar radioaktif antropogenik kepada persekitaran marin di rantau Asia Pasifik yang mana isu pencemaran radioaktif mendapat perhatian. Di Malaysia, aras keradioaktifan air laut dan biota marin dipantau di lima stesen pemantauan yang terletak di Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Labuan, Pulau Penyu dan Pelabuhan Bintulu yang mana keputusan pengukuran tidak menunjukkan input tambahan 134Cs dan 137Cs ke dalam persekitaran marin negara. Pengukuran keradioaktifan dilakukan ke atas biota marin bagi memastikan bahawa ikan laut adalah bebas daripada sebarang bahan cemar radioaktif dan selamat untuk dimakan.
Penyediaan sampel biota marin untuk pengukuran keradioaktifan
Persampelan air laut dan sedimen untuk penilaian keradioaktifan marinSenarai Tajuk Penyelidikan Berkaitan dengan Penilaian Keradioaktifan Marin
- Pemantauan radionuklid semula jadi dan antropogenik (Ra-226, Ra-228, Po-210/Pb-210, U-234, U-238, Th-228, Th-230 Th-232, Am-241, Cm-243, Cs-137, dan Pu-239+240) dalam sedimen, air laut (terlarut dan terampai) dan biota (ikan, terumbu karang, bivalve dan kerang, dan abiota (plankton, rumput laut, rumpai laut, dll.).
- Pembangunan geokronologi pencemaran menggunakan siri pereputan U-Th.
- Kadar sedimentasi, inventori, fluks dan Kd bahan cemar radioaktif.
- Perlakuan, nasib dan pengangkutan bahan cemar radioaktif/bukan bahan cemar radioaktif
- Pengambilan dan bioakumulasi radionuklid dalam biota dan abiota marin.
- Kajian awal penilaian radiologi di persekitaran marin.
- Pencirian pengankutan radionuklid di ekosistem paya bakau menggunkan teknik radiopenyurih.
- Hubungkait perubahan iklim dan kandungan karbon marin.
- Aplikasi teknologi radiopenyurih bagi penilaian keselamatan makanan laut.
Projek Penyelidikan Semasa berkaitan dengan penilaian Keradioaktifan Marin
- Assessment of Climate Variability in Coastal Environment Area Using Isotopic & Nuclear Techniques: Focusing on Sediment & Coral Records (MOSTI ScFund- 03-03-01-SF 0255): 2014 – 2017.
- Supporting Nuclear and Isotopic Techniques to Assess Climate Change Impact for Sustainable Marine Ecosystem Management (IAEA/RCA RAS/7/024): 2012 – 2015.
- Marine Benchmark Study on The Possible Impact of The Fukushima Radioactive Releases in The Asia-Pacific Region (IAEA/RCA RAS/7/021): 2011 – 2015.
- The Extent and Impact of the Releases of Radioactivity from the Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant into Malaysian Marine Environment (MOSTI SciFund: 04-03-01-SF0128): 2011–2014.
- Harmonizing Nuclear and Isotopic Techniques for Marine Pollution Management at the Regional Level (IAEA/RCA RAS/7/019): 2009 – 2012.
- Establishing a Benchmark for Assessing the Radiological Impact of Nuclear Power Activities on the Marine Environment in the Asia Pacific Region (IAEA/RCA RAS/7/016): 2007 – 2011.
- Distribution of Radioactive Contaminants Cs-137, Pu-239+240 and Am-241 in Seawater and Sediments of Sulu-Sulawesi Sea (EPSP’09) NM-R&D-10-09: 2009 – 2010.
- Establishment of Anthropogenic Radioactivity Concentration in Peninsular Malaysia Marine Environment (EEZ), (MOSTI SciFund- 04-03-01-SF0020): 2007 – 2010.
- Application of Nuclear Techniques to Study Bioaccumulation and Transfer Factor for Marine Biota (MOSTI SciFund- 04-03-01-SF0022): 2007 – 2009.
-
Atmosfera dan Bumi
Kajian mengenai persekitaran atmosfera dan teresterial amat penting kerana kajian ini berkaitan dengan perlindungan / pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan hidupan termasuk manusia. Akibat daripada kemajuan perindustrian dan perbandaran, pencemaran persekitaran atmosfera dan teresterial telah menjadi kebimbangan utama kebanyakan negara di seluruh dunia. Di Malaysia, pelbagai projek penyelidikan berkaitan persekitaran atmosfera dan teresterial telah dan sedang dijalankan. Pelbagai teknik analitikal telah digunakan untuk mendapatkan sejumlah data yang mencukupi bagi radionuklid, toksik dan unsur surih, serta bahan cemar organik. Sampel dan data yang telah dikumpulkan dari pelbagai lokasi dalam negara akan memberikan maklumat mengenai penyebaran dan penentuan punca pencemaran dalam persekitaran atmosfera dan teresterial. Kajian akan datang akan meliputi pencemaran biogeokimia bagi pencemaran bahan bukan organik dan organik. Kajian ini juga termasuk permodelan penyebaran pencemaran ini dalam persekitaran atmosfera dan teresterial.
Senarai kajian berkaitan persekitaran marin;
- Pemonitoran radioaktif semulajadi dan antropogenik (radionuklid Ra-226, Ra-228, Po-210/Pb-210, U-234, U-238, Th-228, Th-230 Th-232, Am-241, Cm-243, Cs-137, and Pu-239+240) dalam tanah, batu, makanan, tumbuhan (tanaman makanan, fungus, lumut, tumbuhan dan buah-buahan dan fauna
- Pemonitoran pencemaran toksik dan logam berat dalam tanah, batu, makanan, tumbuhan (tanaman makanan, fungus, lumut, tumbuhan dan buah-buahan dan fauna
- Ambilan dan pengumpulan bio radionuklid dan elemen toksik dalam flora dan fauna
- Pemindahan dan migrasi bahan-bahan radioaktif/bukan radioaktif (contoh., pergerakan tritium)
- Pemonitoran bahan radioaktif dan bukan radioaktif dalam udara (PM10 and PM2.5)
- Pemonitoran bahan radioaktif dan bukan radioaktif dalam air hujan
- Pemodelan penyebaran radionuklid/pencemaran udara termasuk jarak jauh dan rentas sempadan
Senarai projek kajian:
- Utilization of Research Reactor – Multielement Analysis In Rice Grains by Instrumental Neutron Activation Analysis (FNCA project) – Ahli Projek: Md Suhaimi Elias, Nazaratul Ashifa Abdullah Salim dan Dr Wee Boon Siong
- Investigation on Mosses and Lichen as bio-indicator for air monitoring using Neutron Activation Analysis and Inductive Couple Plasma Mass Spetrometry – Ketua Projek: Shakirah Shukor
- IAEA/RCA/RAS/8/082: Isotopic and Related Techniques to Assess Air Pollution (1999 -2002) - Ketua Projek: Dr Abdul Khalik Wood
- IAEA/RCA/RAS/7/013: Improved Information of Urban Air Quality Management in The RCA Region (2003-2006) - Ketua Projek: Dr Mohd Suhaimi Hamzah
- IAEA/RCA/RAS/7/015: Characterization and Source Identification of Particulate Air Pollution in the Asian Region (2007-2010) - Ketua Projek: Dr Mohd Suhaimi Hamzah
- IAEA/RCA/RAS/7/023: Supporting Sustainable Air Pollution Monitoring Using Nuclear Analytical Technology (2012-2015) - Ketua Projekr: Pn Shamsiah Abdul Rahman
- IAEA/RCA/RAS/7/029: Assessing the Impact of Urban Air Particulate Matter on Air Quality (2016 -2018) - Ketua Projek: Pn Shamsiah Abdul Rahman
- RCARO project: Air Quality & Environmental Impact Assessment of Industrial Activities in Klang Valley, Kuala Lumpur (2018-2020) - Ketua Projekr: Pn Shamsiah Abdul Rahman
-
Penilaian Risiko Ketidakstabilan Cerun, Tanah Runtuh dan Kestabilan Fondasi
Kegagalan cerun, kejadian tanah runtuh dan ketidakstabilan fondasi (tanah mendap) biasanya tidak berlaku secara spontan. Terdapat faktor atau sebab saintifik bagi setiap kegagalan yang berlaku dan kebiasaannya kegagalan tidak berlaku tanpa ada tanda-tanda amaran sekiranya kawasan sensitif sedimikian dipantau dengan rapi. Dalam konteks ini, tugas meramalkan punca kegagalan yang tepat sememangnya sukar, kerana punca kegagalan muktamad adalah bergantung kepada beberapa faktor yang terdiri daripada struktur geologi di kawasan tersebut sehinggalah kepada perubahan guna tanah. Pendekatan terbaik mendokumenkan tanda awal kegagalan ialah dengan memantau peningkatan kadar pergerakan tanah mana-mana kawasan yang tidak stabil / berpotensi mengalami risiko keruntuhan cerun (zon setempat) dan bagaimana ianya berubah terhadap masa.
Diketahui secara umum bahawa air adalah salah satu faktor utama yang menjurus kepada ketidakstabilan cerun yang mana ianya berkecenderungan melembutkan tanah sehingga mengakibatkan kegagalan cerun atau ketidakstabilan fondasi (tanah mendap) boleh terjadi. Turun naik paras air bawah tanah dan corak pergerakannya secara mendadak di kawasan cerun dan pergerakan aliran yang tidak bagus (contoh kehadiran air bertakung di bawah permukaan) atau kemunculan laluan air resapan dalam kawasan muka bumi bercerun adalah antara parameter penting yang perlu dipantau dengan teliti. Hujan yang berpanjangan pada intensiti sederhana atau lebat merupakan faktor pencetus utama berlakunya kebanyakan kejadian tanah runtuh di Malaysia terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit.
Satu projek penyelidikan perintis baru jangka panjang atas dasar usaha sama yang melibatkan beberapa agensi kerajaan telah dicadangkan pada tahun 2014 menggunakan pembiayaan khas peruntukan MOSTI di bawah RMK-10 pada lokasi cerun berpotensi risiko dan kemungkinan terjadi mendapan tanah di dalam kawasan SMK Bukit Tinggi, Bukit Tinggi-Bentong Pahang. Projek ini yang telah dimulakan oleh Nuklear Malaysia (kumpulan penyurih sekitaran alam sekitar) baru sahaja bermula sekitar pertengahan 2015 untuk tempoh kajian selama 30 bulan melalui koleksi dan pembangunan pangkalan data yang sesuai menggunakan teknik bersepadu iaitu: pencirian (“cap jari”) isotop semulajadi air dan pergerakan penyurih, penilaian geofizik (kerintangan elektrik, seismik, TDR), penggunaan instrumen geoteknikal dan teknologi konvensional (tekstur tanah & ujian pemadatan, kelembapan tanah, pemantauan turun naik air /tekanan leliang dalam lubang gerudi, data hujan, dan lain-lain).Namun demikian, penglibatan/penggunaan sistem pemantauan -teknologi TDR di anggap sebagai pendekatan yang agak baru dan memberi sokongan dalam menyediakan maklumat berguna khususnya mengenai kedudukan satah gelongsoran/ pergerakan tanah yang dianggap sangat berguna bagi mengenalpasti kemungkinan tanda-tanda kegagalan cerun yang akan berlaku atau ketidakstabilan fondasi (back filled area) bangunan.
Pemerhatian di antara saling hubungan berbagai jenis badan air (sumber-sumber air) yang dikumpulkan dan dianalisis secara berkala dalam kawasan kajian dari segi perubahan pencirian isotop stabil air, hidro-kimia, mekanisme imbuhan air, kekeruhan, kadar penyusupan, dan lain-lain di jangka memberi maklumat yang berguna mengenai "petunjuk" tentang laluan aliran turun naik paras air bawah tanah, pergerakan saliran yang tidak bagus yang membawa kepada kebarangkalian berlakunya tanah runtuh atau kestabilan fondasi (mendapan tanah)pada masa hadapan.
Peta Google Earth menunjukkan lokasi kajian (SMK Bukit Tinggi, Bentong Pahang)
SMK Bukit Tinggi, Bentong Pahang
Runtuhan cerun berdekatan kawasan SMK Bukit Tinggi
Retakan memanjang yang biasa berlaku pada bangunan dan lantai
Pemetaan bawah permukaan menggunakan teknik kerentangan elektrik
Tinjauan seismik yang dijalankan
Senarai Projek Penyelidikan yang telah dan sedang dilaksanakan berkaitan ketidakstabilan cerun , tanah runtuh, dan penilaian risiko terbina alam sekitar
- Seepage path investigations using stable isotopes, resistivity and TDR methods at the dam toe in Asahan Reservoir, Melaka. MINT/L/2003/17(S).
- An early integrated study using nuclear, remote sensing and conventional techniques for the recognition and interpretation of landslide prone areas at Kg. Bharu Bukit Tinggi, Bentong, Pahang: 2004-2005.
- Laporan kajian penyiasatan arah pergerakan air tanah dan pemantauan punca air resapan di lokasi cerun runtuhan Kg. Pasir, Hulu Kelang Selangor. MINT/L/2006/37/(S)
- Laporan penyiasatan cerun runtuh, Presint 9 (Fasa II) Putrajaya: Satu analisis awal berdasarkan pendekatan isotop stabil keatas sampel-sampel air. Nuklear Malaysia/L/2008/35(S).
- Kajian awal mendapan tanah dan kestabilan cerun di Taman Bentong Makmur, Bentong, Pahang, berasaskan “isotope water fingerprinting”, Nov. 2009.
- Isotope characterization for the development of database for use in studies involving JPS owned dams in Malaysia. NuclearMalaysia/L/2012/13(S).
- Special fund project - PKA0514D003: Development of predictive tools and integrated monitoring protocols using isotope fingerprinting and geophysical techniques in evaluating hydrogeological characteristics of natural landslide risked site
- Radiochemistry and Environment
- TEKNOLOGI SISA & ALAM SEKITAR
-
Pengurusan Sisa Radioaktif
Sisa radioaktif adalah terhasil daripada sebarang aktiviti yang melibatkan kuasa nuklear atau bukan kuasa nuklear termasuklah perlombongan dan pemprosesan mineral. Seperti bahan sisa lain, sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul dan selamat agar keselamatan dan kesihatan orang awam dan alam sekitar tidak terjejas ketika ini juga tidak membebankan generasi akan datang. Justeru, Agensi Nuklear Malaysia selaku peneraju dalam bidang pengurusan sisa radioaktif telah diberi kepercayaan untuk mengurus sisa radioaktif di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, antara aktiviti utama yang telah dijalankan termasuklah pengurusan sisa radioaktif, repositori kebangsaan untuk pemprosesan dan pelupusan sisa radioaktif, pembangunan proses rawatan termal, selaras dengan konsep "Waste to Wealth" (W2W). Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ditumpukan terhadap pembangunan kaedah dan teknologi di sepanjang rantaian aktiviti dalam pengurusan sisa radioaktif termasuklah pencirian sisa, pengangkutan, rawatan awal, penyesuaian dan pelupusan. Pada masa yang sama, kepakaran dan pengalaman yang telah dibina digunakan untuk rawatan sisa bukan radioaktif yang lain seperti sisa pepejal perbandaran, sisa perubatan dan pengurusan sisa berbahaya.
Senarai penyelidikan dalam pengurusan sisa:
- Radioaktiviti alam sekitar
- Produk dan teknologi mesra alam
- Perlindungan alam sekitar
- Pengurusan sisa
Senarai projek penyelidikan:
- National Renewable Energy Resources Mapping And Assessment - Ahli Kumpulan: Sivapalan Kathiravale, Dr. Norasalwa Zakaria, Rohyiza Ba’an, Mohammad Nizammuddin Abd. Aziz, Ridwan Abd. Rahim
- Catalytic De-Polymerization Process Waste To Wealth (Techno Fund) - Ahli Kumpulan: Sivapalan Kathiravale, Dr. Norasalwa Zakaria and Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
- Thermal Treatment of Spent Ion Exchange Resin Generated From Puspati Triga Reactor Nuclear Malaysia. - Ketua Projek: Rohyiza Ba’an
- Penahan Geokimia Semulajadi Untuk Repositori Dekat Permukaan (Natural Geochemical Barrier For Near-Surface Repository) - Ketua Projek: Ahmad Hasnulhadi Che Kamaruddin
- Conversion of Organic Liquid Dehpa/Ok Into Solid Phase By Direct Precipitation Method (DEPHA project) - Ketua Projek: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin
- Organic Waste Project - Ketua Projek: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin
- Project Borehole Disposal of Disused Sealed Radioactive Sources (Boss) - Ketua Projek: Thanaletchumy Karuppiah
- Project National Repository – Ketua Projek: Dr. Mohd Abd. Wahab Mohd
- Development of Thermal Treatment Process to Treat Organic Liquid Scintillant –Ketua Projek: Dr. Norasalwa Zakaria.
-
Teknologi Tenaga dan Sisa
Waste and Energy Technology Group (WETec) telah ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan memberi perkhidmatan di dalam teknologi sisa dan tenaga alternatif. Kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai MINT Incineration and Renewable Energy Center (MIREC), telah ditubuhkan pada tahun 2000. Penubuhannya selari dengan rancangan kerajaan untuk mengembangkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada pelbagai sumber di samping menyelesaikan masalah pengurusan sisa negara.
Sebagai sebuah pusat penyelidikan yang bertanggungjawab terhadap kajian mengenai teknologi sisa WeTEC mengendalikan penyelidikan dan menyediakan khidmat seperti berikut:
Penyelidikan dan Pembangunan
- Kajian teknologi sisa dan tenaga
- Kajian proses teknologi termal
- Kajian pelepasan gas terhadap perubahan input
- Penghasilan refuse derived fuel (RDF)
- Penghasilan tenaga dari biomas
- Menjana potensi sel bahan api dan tenaga alternatif lain
- Pembangunan kaedah standard untuk pemonitoran sisa dan pencemaran
- Pembangunan konsep pengubahan sisa kepada tenaga alternatif menggunakan teknologi rawatan yang sesuai
- Rekabentuk dan pemodelan fasiliti rawatan sisa
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.