TEKNOLOGI AKSELERATOR
- Elektron Akselerator Bertenaga Rendah (LEEA)
-
Pengenalan
Akselerator (Infografik akselerator) merupakan instrumen saintifik yang terdiri dari pelbagai teknologi canggih dan prinsip asasnya adalah untuk meningkatkan tenaga kinetik zarah-zarah bercas yang dipanggil alur oleh medan elektrik dan aplikasi akselerator sangat luas [1] seperti di sektor perubatan (Infografik aplikasi perubatan), sektor perindustrian (Infografik aplikasi Industri) , sektor agro sains (Infografik multipurpose cyclotron faciliti) dan sebagainya.
Prinsip akselerator dapat dijelaskan oleh Cathode Ray Tube(CRT) seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1. Di mana alur elektron dihasilkan oleh filamen / katod yang dipanaskan, diekstrak dan dipecutkan melalui medan elektrik yang disediakan oleh bekalan kuasa voltan tinggi dalam dua plat elektrod, terpesong dan menunjuk ke skrin sebagai sasaran akhir untuk menghasilkan imej di televisyen.
Prinsip CRT adalah mudah difaham iaitu 1: Filamen dipanaskan dan elektron dihasilkan, 2: Elektron diekstrak, 3: Elektron dipecutkan, 4: Elektron difokus, 5: Elektron diimbas secara mendatar dan menegak, 6: Elektron sampai di sasaran untuk menghasilkan gambar. Tetapi pada realiti, untuk membangunkan mesin besar seperti akselerator, ahli fizik akselerator bekerja dengan jurutera untuk merancang, membina, memasang, menugaskan dan mengoperasikan teknologi tinggi yang telah disepadukan untuk aplikasi-aplikasi yang spesifik.
-
Status
Pada tahun 2002, Pusat pembangunan akselerator (ADC) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk pembangunan modal insan dan teknologi akseleartor tempatan dan yang berkaitan. Dengan ini, projek pembangunan akselerator elektron bertenaga rendah tempatan telah dimulakan. Dengan pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi, pihak ADC telah berjaya membangunkan akselerator yang dinamakan Low Energy Electron Accelerator (LEEA) dengan spesifikasi 200 keV dan 10 mA [19-26]. Semenjak tahun 2019, LEEA telah memulakan khidmat penyinaran kepada staf di Agensi Nuklear Malaysia dan penuntut-penuntut universiti tempatan.
-
Produk/Perkhidmatan yang ditawarkan
- Perkhidmatan penyinaran alur elektron dengan spesifikasi 200 keV dan 10 mA
- Khidmat konsultansi dalam bidang akselerator dan yang berkaitan
-
Pencapaian
- Pembangunan akselerator tempatan
- Pembangunan modal insan tempatan dalam bidang akselerator dan yang berkaitan
-
Pegawai untuk dihubungi/bertanggungjawab
- Leo Kwee Wah
- Mukhlis Bin Mokhtar
- Mohd Azhar Bin Ahmad
- PENGIMPAL POMISPOT
-
Pengenalan
Pengimpal POMISPOT (Portable Mini Spot) ini sangat sesuai digunakan oleh industri yang terlibat dalam pembikinan komponen elektronik, peranti kecil, produk kreatif (barang kemas, permainan dan cenderahati) dan juga untuk kegunaan di rumah. Ia sangat penting untuk kegunaan bengkel dan makmal yang menjalankan kerja baik pulih peralatan yang sensitif pada haba. Pengimpal POMISPOT menghasilkan kimpalan yang tepat, bersih, cepat dan tanpa bau pada kit rendah. Mesin kimpalan kecil ini mampu untuk mengimpal ketebalan plat keluli tahan karat antara 0.3 - 2.0 mm.
Produk Inovasi ini tercetus apabila kumpulan ini menghadapi kesukaran mendapatkan peranti pengimpal yang sesuai untuk membaik pulih tiub akselerator yang rosak. Pengimpal biasa tidak sesuai kerana terlalu besar dan boleh membakar dan merosakkan elektrod logam pada tiub tersebut kerana suhu melampau dan kimpalannya besar. Pengimpal spot yang dibina oleh kumpulan ini adalah berasaskan teknik nyahcas kapasitif dengan menggunakan kapasitor audio dan beberapa komponen lain yang biasa diperolehi dari makmal elektronik.
-
Inovasi
Kapasitor audio digunakan untuk pembinaan pengimpal titik ini kerana ia berupaya menyimpan caj tinggi yang diperlukan untuk menghasilkan nyahcas elektrik yang padu pada tip pengimpal. Tip pengimpal boleh direka mengikut keperluan. Pengimpal titik ini pula boleh digunakan oleh pekerja tidak ada kemahiran kerana ia mudah digunakan.
-
Anugerah dan Pengiktirafan
- Hari Inovasi Nuklear Malaysi 2012 - EMAS
- Islamic Innovation Expo 2012 (I-Inova 12), Universiti Sains Islam Malaysia – EMAS
- Pada 28 Ogos 2013, YBhg. Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi secara rasminya memperkenalkan POMISPOT di Perlancaran Produk R, D & C MOSTI.
-
Pegawai untuk dihubungi/bertanggungjawab
- Dr. Leo Kwee Wah leo77[at]nuclearmalaysia.gov.my
- En. Mohd Azhar Ahmad mohdazhar[at]nuclearmalaysia.gov.my
- PLASMA FOKUS
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.