MISI
Sains dan teknologi nuklear untuk penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan negara.
VISI
Meneraju kecemerlangan dalam penyelidikan dan penggunaan teknologi nuklear untuk pembangunan lestari
OBJEKTIF
- Menjana produk dan teknologi baru melalui penyelidikan dan inovasi berdasarkan agenda pembangunan negara
- Mencapai pendapatan minimum 30% daripada bajet mengurus tahunan menerusi pemindahan dan pengkomersialan teknologi
- Meningkatkan kecemerlangan organisasi melalui perancangan dan pengurusan berkualiti
FUNGSI
Agensi Nuklear Malaysia bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi yang telah termaktub dalam punca kuasa seperti berikut, iaitu:
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat dan latihan dalam bidang teknologi nuklear bagi pembangunan negara
- Bertindak sebagai Organisasi Sokongan Teknikal Kebangsaan dalam bidang nuklear dan teknologi yang berkaitan
- Menggalakkan penggunaan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi nuklear
- Bertindak sebagai Pusat Rujukan Kebangsaan untuk Forensik Nuklear
- Bertindak sebagai Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif dan Bahan Api Nuklear Terpakai Kebangsaan
- Menyelaraskan dan menguruskan hal ehwal nuklear di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai agensi penghubung bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)
- Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi perlaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT)